Thursday, March 7, 2013

'' PeRmoHonAn BiAsiSwA SuKAn KPM 2013 ''

 Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka tawaran Biasiswa Sukan 2013 kepada pelajar sekolah yang aktif dalam sukan. Biasiswa Sukan ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Syarat Am

Para atlet pelajar perlu memenuhi syarat am ini sebelum boleh diberi pertimbangan untuk mendapat Hadiah Biasiswa Sukan Kementerian Pelajaran;

  • Warganegara Malaysia
  • Sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah   kerajaan, sekolah menengah bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan  Kerajaan (SABK) yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Pelajaran Negeri
  • Menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan berkaitan dengan sekurang- kurangnya mewakili negeri di peringkat MSSM
  • Keutamaan akan diberi kepada atlet pelajar yang terlibat dalam program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS), Sukan Prestasi Tinggi Negara dan sukan-sukan lain yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia; dan
  • Tidak menerima sebarang biasiswa daripada Agensi Kerajaan atau Bukan Kerajaan yang lain.

Permohonan
  • Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Biasiswa Sukan KPM 2013. Sila rujuk Panduan Kod Borang bagi membantu mengisi borang Permohonan .
  • Permohonan perlu mendapat pengesahan daripada Pengetua Sekolah.
  • Borang yang telah lengkap diisi bersama salinan sijil-sijil sukan yang berkenaan hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Tarikh Tutup

  • Borang permohonan Biasiswa Sukan KPM 2013 perlu diserahkan ke Unit  HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri pada atau sebelum 31 Mac 2013.

Maklumat

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan Biasiswa Sukan ini boleh dirujuk dengan Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri yang berkenaan.
Boleh juga menghubungi Bahagian Sukan, KPM di talian telefon 03 8884 1002 / 1333 / 1347 atau faks 03 8888 6790.


Baca di: http://eputra.com/permohonan-biasiswa-sukan-kpm-2013/#ixzz2MH2b4kMt
Under Creative Commons License: Attribution

No comments:

Post a Comment